NEWS & OFFERS

Saturday, May 23, 2015

LINI COOL :): MANA LEBIH BAGUS? MATRIK OR ASASI??? ASASI UITM PU...

LINI COOL :): MANA LEBIH BAGUS? MATRIK OR ASASI??? ASASI UITM PU...: I'M SHARING THIS BASED ON MY EXPERIENCE OK Ok  aku yakin ramai budak - budak lepasan spm yang dapat result power-power kababom kan. Al...

MANA LEBIH BAGUS? MATRIK OR ASASI??? ASASI UITM PUNCAK ALAM?

I'M SHARING THIS BASED ON MY EXPERIENCE OK

Ok  aku yakin ramai budak - budak lepasan spm yang dapat result power-power kababom kan. Almaklumlah, zaman dah berubah..budak- budak pandai makin ramai. Itu memang x dapat disangkal. And disebabkan itu jugak la persaingan korang makin tinggi. We are also facing the same situation guys. Apa nak buat kan, Malaysia makin maju. Kalau dulu-dulu orang cakap bila ko perform spm dapatkan straight As confirm dapat fly luar negara and dapat scholaraship. Tapi tu semua dulu okay..Mungkin zaman tu x ramai budak- budak yang kebabom macam kite mungkin, muehehe..Walau apa pun hidup perlu diteruskan demi menggalas tanggungjawab kepada agama, keluarga, bangsa dan negara..cewahh... >_<

 Maybe, akan ade pandangan segelintir masyarakat yang cakap, alah x semestinya belajar tinggi-tinggi je bole buat duit. Well, that's true..Tapi kalau korang rase korang hensem or cantik untuk jadi model, banyak modal buat bisness sendiri or selesa bergaji sederhana seperti pendatang asing yang ada kat sini walaupon malaysia makin maju, okayy you can have that kind of mindset.


Ok, berbalik kepada tajuk semula

mana lebih bagus? matrik or asasi...in general, both programme are the same. Tapi klo nak aku nyatakan a few informations  about those programmes In Syaa Allah aku kongsi apa yang aku tahu. Untuk pengetahuan, aku ni pelajar lepasan asasi sains UITM Puncak Alam. So, of course aku akan cakap lebih pasal UITM DIHATIKU..hehe

Ok, matrik and asasi ni kira macam fast trek la untuk terus sambung ijazah tanpa perlu ambil diploma. Tapi kalau matrik ada 2 jenis. Ada yang 2 tahun and ada yang setahun sahaja. Tapi kalau asasi mostly setakat yang aku tahu semua 1 tahun je. Sekejap kan, betol tak?hahaha...Disebabkan sekejap tu la korang kene pandai planning masa belajar sendiri. Both programmes are pack of course.

Ada orang cakap matrik lagi bagus, ada orang cakap asasi lagi bagus. Mana satu yang betul ni?

Untuk berjaya tak ade bende yang senang. Semua kena ade usaha. Yang aku tahu matrik ni dye bukan under universiti...dye still under KPM. Well, some people said that budak matrik ni selalu kena suap. Betol ke?Tu aku x dapat nak pastikan sebab I'm not one of them. Aku dulu dapat Matrik kat Changlun, Kedah..Jauh bak  hang.Dari Melaka ke Kedah, erm tu la salah satu sebab aku tolak matrik and masuk asasi. Aku ade ramai jugak kawan yang masuk matrik, and aku pernah tanya betul ke korang selalu kena suap dengan cikgu-cikgu. Overall mereka mengaku betul.


Tapi kalau asasi, korang dah tak kene suap dah. Kalau nak latihan extra semua kene cari sendiri. Bila dah nak hampir musim exam, depends la kalau korang dapat lecturer yang baik hati korang dapat la buat revision dengan lecturer or maybe lectuer tu akan bagi latihan extra sebagai preparation sebelum exam. Asasi ni memang lain sangat suasananya dengan matrik. Why? sebab kami menjalani kehidupan sebagai pelajar universiti. Masuk u, tak de dah panggilan cikgu ni, lecturer semua kene panggil dengan panggilan miss, sir, madam, Dr...berbeza sangat dengan matrik yang masih menggunakan panggilan cikgu. Mungkin juga disebabkan panggilan tu mereka lebih rapat kot dengan cikgu mereka. Haih, rindunya zaman sekolah..sobs..sobs


Tapi kan, bagi aku sendiri walaupon kami x dapat benefits seperti budak-budak matrik tapi kami belajar mengenal erti berdikari lebih awal..At least, bila kami masuk degree kami dah x culture shock dah sebab dah biasa dengan kehidupan sebagai pelajar IPT. Walaupon kami x panggil lecturer dengan panggilan cikgu, tapi x bermakna kami x rapat dengan mereka. Sebenarnya time ni la kita kene belajar mendekati guru and bukan guru mendekati pelajar macam zaman sekolah dulu. Trust me, lecturer-lecturer tu semua baik je sebenarnya. Cuma mereka punya sifat lain sikit dengan guru-guru yang biasa kita jumpa time sekolah...Lecturer tak akan pakse korang untuk belajar sebab bagi mereka siapa yang nak belajar boleh tumpukan perhatian dalam kelas and siapa yang xnak pon tak de masalah..mereka x rugi apa2...mereka tetap jalankan tugas sebagai pendidik.



Oh ya, aku lupa nak bagitahu asasi and matrik ni both dapat elaun. Eh, ke korang dah tahu?oklah fine. Tapi kalau time aku, asasi uitm kitorang dapat rm 1900 lebih kurang...


Kalau those yang dapat asasi sains puncak alam,

subjek yang kalian akan belajar ade 6:
1.mathematics
2.physics
3.biology
4.chemistry
5.pend.islam/pend. moral
6. english

Selain asasi sains, kat puncak alam jugak ada asasi kejuruteraan (biasanya org panggil budak engine)

subjek yang kalian akan belajar adalah:
1.mathematics
2. physics
3. chemistry
4. computer science
5. pend. islam/pend. moral
6. english

Untuk pengetahuan, korang punya pengajian adalah selama 2 semester. 1 semester ade 2 test and 1 exam final. So maksudnye 1 sem korang akan masuk dewan peperiksaan 3 kali. Total untuk both sem, korang akan masuk dewan exam 6 kali. Kuiz ade x?of course la kuiz ade...terutamanya subjek2 sains..confirm ada...berapa kali tu aku lupa la nak kira..Tapi yang pasti memang banyak, bergantung kepada kerajinan lecturer kalian. Setiap sem, cara kiraan markah untuk gpa adalah berdasarkan pecahan 50% from final exam and 50% from quizzes, test, assignment, presentation, markah lab..haa, sebab tu korang x boleh bergantung pada final ja orang kata last minute hope..sebab tu la jugak korang mesti score dari awal supaya carrymarks tinggi and harapan nak dapat A tu cerah.



Oklah, kalau ade ape-ape yang kalian nak tanye silakan..Aku akan cuba jawab apa yang termampu...In Syaa Allah, dengan izin dariNya.



#WE ARE WORKERS HE IS THE DECIDER








Thursday, May 14, 2015

BLUEBERRY CHEESE TART

 BLUEBERRY  CHEESE  TART










FOR CHEESE LOVERS, YOU SHOULD TRY THIS RECIPE...IT'S SO EASY! 

There are 2 things that need to be prepared: 
i. shell/ crust
ii. cheese filling





i.  SHELL/ CRUST

bahan- bahan :

170 gm marjerin/ butter
50 gm gula aising
1 biji telur gred C
290 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
acuan tart

cara- cara:

1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat. Kemudian, masukkan telur dan esen vanilla.
2. Putar lagi dengan senduk kayu dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.
3. Uli sehingga doh menjadi lembut.
4. Kuantiti tepung bergantung pada kelembutan doh.
5. Untuk mendapatkan doh yang sempurna, masukkan doh dalam beg plastik dan simpan di dalam peti ais semalaman.
6. Kemudian, ambil sedikit adunan dan tekankan ke dalam acuan tart.
7. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
8. Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau sehingga masak.
9. Tunggu crust atau shell sehingga benar-benar sejuk sebelum meletakkan filling dan cheese

ii. CHEESE/ FILLING                       



bahan- bahan:

250 gm cream cheese
50 gm gula kastor
1 biji telur saiz B
1/2 sudu teh esen vanila
jem blueberry 

cara- cara : 

1. Keluarkan cream cheese 20-30 minit sebelum digunakan.
2. JANGAN biarkan cream cheese mencapai suhu bilik.
3. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
4. Masukkan telur dan esen vanila. Putar lagi.

Ok, sekarang kedua2 adunan dah siap..seterusnya cara- cara menggabungkannya untuk melengkapkan proses penyediaan blueberry cheese tart :)









  1. Masukkan blueberry jem dan cream cheese tadi ke dalam piping bag. Masukkan filling blueberry jem terlebih dahulu diikuti dengan cream cheese. Letakkan cream cheese sehingga penuh supaya cantik membuncit.
  2. Seterusnya, diikuti dengan proses melorek di atas permukaan cheese tart tadi. Ambil sedikit cream cheese dan titikkan sedikit pewarna. Kacau rata sehingga sempurna.
  3. Proses melorek dilakukan ketika cream cheese masih lembut untuk mendapatkan hasil yang cantik.
  4. Dengan menggunakan pencungkil gigi atau lidi sate, buat garisan kecil2 dibahagian tepi. Lebih banyak garisan, lebih cantik. Kemudian dengan menggunakan lidi tadi, tarik garisan tadi dengan menggunakan satu arah mengelilingi cheese tart.
  5. Bakar selama 5 minit pada suhu 170 C. Sentuh cream cheese dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika belum, bakar lagi untuk beberapa minit. Sebaiknya gunakan api atas bawah.












  • UNTUK RESIPI INI, 1 ADUNAN SHELL DAPAT MENGHASILKAN LEBIH KURANG 40 BIJI SHELL BERGANTUNG PADA KETEBALAN DAN SAIZ ACUAN SHELL.
  •  BAGI ADUNAN CHEESE PULA, MENGHASILKAN 70 HINGGA 80 BIJI BLUEBERRY TART
  • BAGI MENSTABILKAN ADUNAN, BUAT 2 ADUNAN SHELL DAN 1 ADUNAN CHEESE.


Cheese tart yang telah siap disimpan didalam bekas kedap udara dan diletakkan dalam peti ais supaya tahan lama. SELAMAT MENCUBA!











































Sunday, June 1, 2014

Pengalaman pertama =) (part 1)


nk cite ckit pengalaman prtama aq naek ktm yg ktil tdo nye bak ang n naek kapal trbang..sume tuh first time huhuhu...mcm jakun je kn... yela iols nih org kmpg... slaloo iols pegi mne2 iolss naek bas je....naek bas pon ok ape... siap driver ag tuh.... hahahaha  kalut je kn tu pon nk cite...  pduli ape aq... hahaha..

kira n ecah nk bergambar kate nye kt kapal trbang haha.. gua layan kn aje.. 

awal bln 1.12.13 aq kne posting kt negeri jelapang padi.tudiaaaaa mne lagi kedahh laa kn... aq dpat kt Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani Kedah. disebabkan aq dapat jaoh2 tu aq n kwan aq yg lgi 2 org tuh ecah n kira plan la nk p kedah lu nk cri uma sewa, tgok hospital tmpat aq praktikl tuh n sume bnda la... almaklumlah kmi kn perantau... hikhikhik.. so kmi plan la bncang punye bncang kt fb kmi sepakat nk naek kapal terbang untuk p kedah tuh... so si kira la kne setel kn urusan pembelian tiket kapal terbang, kmi xreti.. hahaha... pndai ckp je bole la..  hehehehehe... kira pon xreti sgt pon sbenanye.. kakaq dye la tlg book kn.

pemandangan dari tingkap
bergambar dlu dgn kapal trbang hehe
 brgambrHarimau Malaya
nih dye tiket kmi (terbalik pulak pepandai la korang tgok sndri)






perjalanan ambil mase lebey krg 45 minit je kot xsmpai pon sejam aq rase... xtwu la kot2 feel aq ja rase skejap sgt... xcited mungkin... hahahaha.. smpai2 je lapangan terbang alor setar aq plik gak lengang je kt situ... xde org sgt... myb bukan musim perayaan kot... xpelaaa aq lagi la suke xramai org..  hahahaha..  senang aq nk bergerak bebas... dalam 15 minit cmtu aq tggo la kedatangan junior aq yg baek aty n rela aty mmbntu kmi sepanjang hari kmi kt kedahh tu haa... yela junior aq tuh org kedah kne la kmi ,mnx prtolongan dari dye... naseb baek dye pndai drive kne la dye layan karenah kmi sepanjang hari tu nk cari uma sewa n tgok hospital yg kmi kne posting tuh.. trima kasih buat junior2 ku tersayang....  hahahaha... untung bdak2 nih dapat akq senior mcm aq da la penyayang baek aty plak tu.....  hahahaha..k la smpai cni jela untuk arini nnt aq smbung part 2 pulak ea part naek kereta api n cari uma sewa